Saturday, 29 April 2017

DIY CRAFTS & ROOM DECO

BERITA MENARIK TENTANG KITAR SEMULA


KITAR SEMULA KEBAIKAN KITA BERSAMA






Kitar semula ialah satu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sampah.

Kepentingan kitar semula:-
·        Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
·        Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
·        Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
·        Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Friday, 28 April 2017

LAPORAN PROGRAM KITAR SEMULA

Pada 8 Mac 2017 yang lalu, kelab Alam Sekitar Kolej Matrikulasi Johor telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar sesi 2016/2017. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.
Sebelum gotong- royong dimulakan, satu taklimat ringkas kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid An Nur. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Felo, kemudian taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh Adam Danial selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej –kolej kediaman akan kewujudan dan perjalanan aktiviti kitar semula tersebut.
Label “Kertas, Kaca dan Plastik” dan “Besi dan Aluminium” telah diletakkan di ruang berhadapan depan foyer blok kediaman. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan pensyarah dan pelajar-pelajar meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab selama dua hari selepas gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang telah memilih untuk mengitar semula arang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang. 

Tuesday, 25 April 2017

AKTIVITI KITAR SEMULA

                      
1.       Membina hotel menggunakan sampah dan bahan terbuang
·         Hotel pertama yang dibina dengan menggunakan sampah dan bahan terbuang yang dikitar semula di Madrid , Sepanyol.
·         Dihasilkan oleh seorang artis Jerman, Ha Schult bersempena dengan Pesta Industri Pelancongan Tahunan Negara itu.
·         Bahan yang digunakan  untuk membina hotel tersebut ialah botol plastik, kayu, bingkai gambar, alat muzik, stoking koyak, tayar dan buku cerita kanak-kanak.




2.       Mencipta hasil kreativiti kitar semula
·         Botol air yang terbuang dijadikan sampan dan boleh digunakan ketika musim banjir.
·         Sudu plastik dan cermin yang terbuang dijadikan hiasan dinding yang menarik.
·         Mentol lampu digunakan sebagai pasu kecil dan digantungkan.
·         Kotak terbuang diolah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik.






3.       Mengadakan kempen atau program kitar semula
·         Aktiviti yang dijalankan bersama kalangan masyarakat.
·         Mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan kitar semula.
·         Mengajar masyarakat bagaimana cara mengitar semula dengan betul.

Saturday, 22 April 2017

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA



1. Kertas 
·        surat khabar 
·        kertas-kertas (pejabat/ pencetak)
·        majalah atau risalah  
·        kotak
·        sampul surat
·        kalendar
 2. Plastik 
·        bekas minuman 
·        botol-botol sabun
·        bekas makanan 
·        bekas aiskrim
3. Kertas Kadbod Keras 
·        kotak kadbod (daripada bungkusan barangan elektrik/ perabot)
4. Kaca
·        botol jem/ sos/ kicap
·        bekas-bekas kaca makanan 
5. Pakaian
·        pakaian-pakaian lama yang boleh digunakan 
6. Aluminium dan besi
·        tin minuman
·        foil aluminium

·        barangan logam

DIY CRAFTS & ROOM DECO