Friday, 28 April 2017

LAPORAN PROGRAM KITAR SEMULA

Pada 8 Mac 2017 yang lalu, kelab Alam Sekitar Kolej Matrikulasi Johor telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar sesi 2016/2017. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.
Sebelum gotong- royong dimulakan, satu taklimat ringkas kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid An Nur. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Felo, kemudian taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh Adam Danial selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej –kolej kediaman akan kewujudan dan perjalanan aktiviti kitar semula tersebut.
Label “Kertas, Kaca dan Plastik” dan “Besi dan Aluminium” telah diletakkan di ruang berhadapan depan foyer blok kediaman. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan pensyarah dan pelajar-pelajar meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab selama dua hari selepas gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang telah memilih untuk mengitar semula arang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment

DIY CRAFTS & ROOM DECO