Saturday, 29 April 2017
KITAR SEMULA KEBAIKAN KITA BERSAMA
Kitar semula ialah satu proses yang melibatkan
usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah
dianggap sampah.
Kepentingan kitar semula:-
·
Kitar semula untuk mengurangkan
pencemaran
·
Kitar semula untuk menjimatkan
sumber kita
·
Kitar semula untuk menjimatkan
tenaga
·
Kitar semula untuk menyelamatkan
hutan
Friday, 28 April 2017
LAPORAN PROGRAM KITAR SEMULA
Pada 8 Mac 2017 yang lalu, kelab Alam
Sekitar Kolej Matrikulasi Johor telah mengadakan satu aktiviti kitar semula
dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar sesi 2016/2017. Aktiviti ini dijalankan
serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang
sama.
Sebelum gotong- royong dimulakan, satu
taklimat ringkas kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid An Nur.
Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Felo, kemudian taklimat ringkas berkenaan
aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh
Adam Danial selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle,
Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama kelab Alam Sekitar dan Biro
Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan
kepada para penghuni kolej –kolej kediaman akan kewujudan dan perjalanan
aktiviti kitar semula tersebut.
Label “Kertas, Kaca dan Plastik” dan “Besi
dan Aluminium” telah diletakkan di ruang berhadapan depan foyer blok kediaman. Notis-notis
hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan pensyarah
dan pelajar-pelajar meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang
disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip
hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan
membawanya ke stor penyimpanan kelab selama dua hari selepas gotong-royong
dijalankan.
Tuesday, 25 April 2017
AKTIVITI KITAR SEMULA
1.
Membina hotel menggunakan
sampah dan bahan terbuang
·
Hotel pertama yang dibina
dengan menggunakan sampah dan bahan terbuang yang dikitar semula di Madrid ,
Sepanyol.
·
Dihasilkan oleh seorang artis
Jerman, Ha Schult bersempena dengan Pesta Industri Pelancongan Tahunan Negara
itu.
·
Bahan yang digunakan untuk membina hotel tersebut ialah botol
plastik, kayu, bingkai gambar, alat muzik, stoking koyak, tayar dan buku cerita
kanak-kanak.
2.
Mencipta hasil kreativiti kitar
semula
·
Botol air yang terbuang
dijadikan sampan dan boleh digunakan ketika musim banjir.
·
Sudu plastik dan cermin yang
terbuang dijadikan hiasan dinding yang menarik.
·
Mentol lampu digunakan sebagai
pasu kecil dan digantungkan.
·
Kotak terbuang diolah menjadi
lampu gantung hiasan yang sangat cantik.
3.
Mengadakan kempen atau program
kitar semula
·
Aktiviti yang dijalankan
bersama kalangan masyarakat.
·
Mendedahkan kepada masyarakat
tentang kepentingan kitar semula.
·
Mengajar masyarakat bagaimana
cara mengitar semula dengan betul.
Saturday, 22 April 2017
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
1. Kertas
·
surat khabar
·
kertas-kertas (pejabat/ pencetak)
·
majalah atau risalah
·
kotak
·
sampul surat
·
kalendar
2. Plastik
·
bekas minuman
·
botol-botol sabun
·
bekas makanan
·
bekas aiskrim
3. Kertas
Kadbod Keras
·
kotak kadbod (daripada bungkusan barangan elektrik/ perabot)
4. Kaca
·
botol jem/ sos/ kicap
·
bekas-bekas kaca makanan
5. Pakaian
·
pakaian-pakaian lama yang boleh digunakan
6.
Aluminium dan besi
·
tin minuman
·
foil aluminium
·
barangan logam
Subscribe to:
Posts (Atom)